Soalan:
Apakah hukum menjawab Azan, Sunat ataupun wajib, bukankah ada arahan dari Nabi saw yang menyuruh kita menjawab azan ?
Jawapan :
Hukum menjawab azan adalah SUNAT, BUKAN wajib. Menjawab azan ini disuruh oleh Nabi saw berdasarkan beberapa hadith yang diriwayatkan dari baginda, antaranya adalah berdasarkan hadith daripada Abi Said al-Khudriy, bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
(Maksudnya): "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu." (Hadith riwayat al-Bukhari)
Hukum harus menjawab azan pula diambil antaranya dari perbuatan Sahabat Nabi saw, sayyidina 'Umar r.a. Ini berdasarkan athar(*) daripada Tha'labah bin Abi Malik katanya :

كانوا يتحدَّثون يومَ الجُمُعة وعُمَرُ جالسٌ على المِنبَر، فإذا سَكَت المؤذِّنُ؛ قامَ عُمَرُ؛ فَلَمْ يتكلَّمْ أحدٌ
(maksudnya): "Adalah mereka (para tabi'ien) berkata-kata pada hari Jumaat, sedang 'Umar (al-Khattab) sedang duduk di atas mimbar (dan muazzin sedang melaungkan azan), apabila muazzin (tukang azan) berhenti (daripada azan), lalu 'Umarpun berdiri (untuk berkhutbah), lalu (apabila 'Umar berdiri untuk berkhutbah) seorangpun tidak berkata-kata lagi." (Athar ini dinilai sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu', demikian juga al-Albani di dalam Tamam al-Minnah)
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (seorang ulama hadith mutaakkhir) di dalam kitabnya Tamam al-Minnah berkata :

فائدة: في هذا الأثر دليلٌ على عَدَمِ وُجوب إجابةِ المؤذِّن؛ لجَرَيان العَمَل في عَهْدِ عُمَرَ علَى التَّحدُّث في أثناء الأذان، وسُكُوت عُمَرَ عليه. وكثيرًا ما سُئِلْتُ عَنِ الدَّليل الصَّارِف للأمْرِ بإجابة المؤذِّن عَنِ الوُجُوبِ؛ فأجبتُ بهذا, والله أعلم
(maksudnya) : "Athar ini menjadi dalil atas TIDAK WAJIBnya menjawab azan, kerana berlakunya perbualan ketika azan di zaman 'Umar, dan 'Umar diam (tidak menegur) perbuatan tersebut, dan banyak aku (al-Albani) ditanya tentang dalil yang mengubah arahan menjawab azan itu kepada bukan wajib, maka aku (al-Albani) menjawab soalan-soalan itu dengan athar ini, wallahu a'lam."(Sila lihat Tamam al-Minnah (340), Dar al-Rayah, Riyadh)
Hukum menjawab azan yang sunat ini menunjukkan tidak benarnya dakwaan yang menjanjikan azab yang pedih atau tidak dapat mengucapkan syahadah ketika hampir mati jika tidak menjawab azan.
Salah satu tanda sesuatu dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila ia menjanjikan azab yang pedih atau akibat yang amat buruk terhadap kesalahan kecil yang dilakukan. Bahkan dalam bab tidak menjawab azan ini bukanlah satu kesalahan, kerana meninggalkan perkara yag sunat bukanlah suatu dosa.
wallahu a'lam.
(*) Athar ialah perbuatan sahabat yang diriwayatkan sampai kepada kita

Tidak ada komentar:
Posting Komentar